PENGENALAN (سياڤ ساي)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam perkenalan cik mumu ucapkan kepada semua pembaca blog. Nama diberi Ummu Habibah binti Shaiefudin dan boleh panggil cik mumu . Cik mumu merupakan seorang pelajar STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa, Bandar Country Homes, Rawang. Sekarang dah sem 3 dan tak lama lagi akan menduduki final exam. Maka yang terbaca blog saya ni doakanlah kejayaan buat cik mumu. Sebenarnya dah lama cik mumu berjinak-jinak dalam penulisan di blogger ini. Karya-karya yang dihasilkan tidaklah begitu banyak tetapi cik mumu dah delete kesemuanya disebabkan faktor-faktor tertenru. Jadi cik mumu akan terbitkan karya penulisan baharu yang dengan izin الله akan memberi manfaat buat semua yang membaca. Kenapa cik mumu buat blogger? Ini kerana pada asalnya cik mumu seorang yang suka menulis diari. Cik mumu sangat minat dalam bidang penulisan seperti mengarang cerita, buat karangan sekolah dan sebagainya. Adalah juga cik mumu cuba terbitkan puisi2 ...