PENGENALAN (سياڤ ساي)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam perkenalan cik mumu ucapkan kepada semua pembaca blog. Nama diberi Ummu Habibah binti Shaiefudin dan boleh panggil cik mumu. Cik mumu merupakan seorang pelajar STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa, Bandar Country Homes, Rawang. Sekarang dah sem 3 dan tak lama lagi akan menduduki final exam. Maka yang terbaca blog saya ni doakanlah kejayaan buat cik mumu.
Sebenarnya dah lama cik mumu berjinak-jinak dalam penulisan di blogger ini. Karya-karya yang dihasilkan tidaklah begitu banyak tetapi cik mumu dah delete kesemuanya disebabkan faktor-faktor tertenru. Jadi cik mumu akan terbitkan karya penulisan baharu yang dengan izin الله akan memberi manfaat buat semua yang membaca.
Kenapa cik mumu buat blogger? Ini kerana pada asalnya cik mumu seorang yang suka menulis diari. Cik mumu sangat minat dalam bidang penulisan seperti mengarang cerita, buat karangan sekolah dan sebagainya. Adalah juga cik mumu cuba terbitkan puisi2 dan sajak namun cik mumu fikir dan rasa bakat tersebut tidak boleh pergi jauh😂😂😂
Menulis blog ni perlu kepada masa dan kita yang perlu luangkan masa untuknya seperti kita menulis diari. Semasa cik mumu bersekolah menengah cik mumu menetap di hostel dan masa cik mumu untuk menulis sangat terhad asbab terlibat aktif dalam beberapa perkara. Atas faktor itu jugalah penulisan blog cik mumu terbantut. Kini cik mumu mahu teruskan semula minat ini dan berharap sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.
Setakat itu sahaja, InSyaaAllaah doakan supaya cik mumu ada masa untuk menulis blog dan berkongsi ilmu-ilmu yang bermanfaat.
Terima kasih kerana sudi baca. Salam kasih dan sayang dari cik mumu.😀
Comments