SEPTEMBER SUDAH

      Pejam celik pejam celik bulan Ogos telah pun pergi dan kita sudah masuk ke bulan September. Alhamdulillaah masih lagi dapat bernafas dengan baik, bergerak dengan baik, berjalan, berlari, melompat, senyum dan dapat menjalani hidup dengan baik. Alhamdulillaah, syukur padaMu ya Allaah.

         Asalnya awal pagi tadi bersemangat sangat nak mengarang dan idea mencurah-curah. Namun terlupa nak tutup notification huhu. Kita pula jenis yang tak berapa suka nak reply lambat-lambat huhu. Jadinya daripada sorang ke sorang whatsApp dan sekrang idea-idea telah pun terbang tidak tahu ke mana. Jari jemari tetap bergerak menekan papan kekunci dengan harapan segala apa yang hendak ditype  tadi kembali semula. Namun, nampaknya tidak juga kembali huhu.

         Teringat perbualan cik Mumu dengan salah seorang kawan cik Mumu yang rapat. Kami kawan dari sekolah menengah dan alhamdulillaah sampai sekarang. Semoga Allaah merahmati dan memelihara persahabatan kami. Bukan mudah nak dapatkan seorang sahabat yang betul-betul sayangkan kita walaupun cik Mumu bukanlah yang paling disayangi ahhaha tapi tergolonglah dalam kalangan yang dia sayang hahah ini bukan perasan2 tapi kenyataan. Cik Mumu sangat-sangat lupa dia ada program pagi ni dan cik Mumu pun ws lah "Free x sekarang? Rasa macam kena dengar suara awaklah sekarang." dan cik Mumu bagi emoji yang smile dan ada keluar air mata 1 tu. Suddenly tiba-tiba dapat video call dari dia. 
          
           Sebenarnya kan kami dah lama sangat x call atau bersembang berdua kerana masing-masing sibuk menjalani kehidupan dan menguruskan perkara-perkara yang perlu diuruskan. Time pkp dulu selalu lah juga call dan awal-awal habis pkp tu ada buat program dengan dia jadi selalulah juga berjumpa. Tambahan lagi cik Mumu juga suka terjah ke bilik dia jadinya akan ada ja lah masa kami dapat bersembang panjang. Begitulah lumrah kehidupan ada masa, lapang sangat masa yang kita ada dan ada masa sikit sahaja masa yang ada. Disebabkan komitmen. Ketika bertambah komitmen maka berkuranglah masa dan ketika berkurang komitmen banyaklah masa lapang kita.

           Bercakap pasal masa, cik Mumu nak share sedikit perkongsian yang pernah cik Mumu talaqqi. Masa ni kan kita betul-betul kena jaga dan pelihara dia. hendaklah kita susun masa kita baik-baik untuk dapatkan keberkatan masa. Jangan dibiarkan masa berlalu tanpa kita isikannya dengan perkara kebaikan. Jika tidak pasti syaitan akan menghasut kita untuk buat perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan masa kita akan dibazirkan begitu sahaja. Syaitan ni licik so dia akan menyibukkan kita dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya kita sibukkan diri kita dengannya sekiranya kita tidak jaga masa kita betul-betul. 

Rasululullah ﷺ telah bersabda
نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ
Yakni ada 2 nikmat yang ramai orang .mensia-siakannya yakni tidak menggunakannya dalam prk yg bermanfaat yg ia nikmat sihat dan nikmat masa lapang. Ketahuilah kita tidak akan kekal dlm dunia ini selama-lamanya. Akan datang masa yang mana kita akan keluar daripada dunia ini. Maka sihat kita tidak akan kekal selama-lamanya begitu juga masa lapang yang kita ada tidak akan kekal selama-lamanya. Maka hendaklah seorang yang cerdik dia menggunakan 2 nikmat ini pada perkara yang memanfaatkannya untuk akhiratnya. Sebagai contoh, kita boleh menghabiskan masa dalam menuntut ilmu agama.  Selain daripada itu kita boleh buat solat sunat, kita boleh buat sedekah, kita boleh membaca al-quran dan juga boleh hubungi kerabat2 kita untuk buat silaturrahim dengan mereka. Banyak sangat perkara yang bermanfaat yang boleh dilakukan dan antara perkara yang penting yang ramai orang terlupa untuk melakukannya adalah mengumpul bekalan untuk akhiratnya. Maka hendaklah kita menggunakan masa dengan perkara yang bermanfaat buat kita dan juga akhirat kita. Cik Mumu doakan semoga Allaah taala mempermudahkan bagi kita untuk membuat amalan yang soleh. 

      Sekian sedikit perkongsian. Tak jadi pula nak share apa yang Cik Mumu dapat daripada perbualan dengan kawan tadi.  InSyaaAllaah ada rezeki cik Mumu menaip lagi cikMumu akan kongsikan. Semoga bermanfaat. Jumpa lagi di next posting okies.

Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN (سياڤ ساي)

Kembali