"AKHIRNYA, AKU JUMPA CALON IMAMKU. TETAPI...."

Assalaamualaikum buat pembaca-pembaca yang tidak cik mumu ketahui siapa kalian, pada posting kali ini cik mumu mahu ceritakan sesuatu yang tidak mampu diceritakan pada orang yang hendak cik mumu ceritakan. "Kenapa tak mampu? cerita je lah". mungkin ini komen sebahagian orang. Entahlah. Sejujurnya, ada niat nak memberitahunya tetapi terlupa. Tambahan, cik mumu rasa perkara ini sesuatu yang besar dalam hidup cer mumu. Maka atas sebab itu, cik mumu nak masukkannya dalam penulisan di blogger ini.  Semoga suatu hari nanti bilamnan cik mumu baca semula, cik mumu tahu, cik mumu pernah buat perkara ini.

Alkisahnya, semalam, hari yang bertarikh 21 Disember 2024, cik Mumu telah berjumpa dengan seorang lelaki atas tujuan cik mumu mahu meminta maaf dan juga clarify beberapa perkara. Tetapi cik mumu hanya sempat minta maaf ja dan tak sempat nak clarify apa-apa. Kenapa nak minta maaf? Sebab cik mumu rasa cik mumu telah ganggu focus dan matlamat dia. Dia ada bagitahu sebelum ini bahawa matlamat dia hanya untuk sekian2.... tapi ada beberapa perkataan dan tindakan cik mumu yang mungkin telah mengganggu fokusnya huhu.

Berbalik kepada tajuk cerita, lelaki yang cik mumu jumpa semalam itu, dialah lelaki yang cik mumu jadikan dia  sebagai calon imam. Buat kali pertamanya dalam hidup cik mumu, cik mumu buat beberapa tindakan yang tak pernah cik mumu buat. Apa tindakan itu? Antaranya, cik mumu beritahu kepada ummi cik mumu bahawasanya cik mumu dah jumpa calon imam atau lebih tepat calon suami. Kemudian, cik mumu buat solat istikharah untuk minta petunjuk, cik mumu spend time fikir apa reasonnya cik mumu memilih dia sebagai calon suami dan beberapa perkara lagi. Mungkin bagi sebahagian orang ini perkara biasa, tapi bukan untuk diri ini kerana family cik mumu ni, dari kecik abi ingatkan dan larang daripada berkawan atau bermain dengan lelaki sampaikan susahlah cik mumu nak bercerita tentang lelaki. Bukan sebab tak de cerita tetapi lebih kepada malu nak bercerita lebih-lebih lagi soal ini. Jadi, bilamana cik mumu beritahu ummi  tentang calon imam tersebut maksudnya cik mumu betul-betul pasti kenapa cik mumu memilih dia sebagai calon imam.

Dia adalah seorang lelaki yang berhati mulia dan sangat ringan tulang dalam membantu atau turun buat khidmat. 

Dia adalah seorang lelaki yang cintakan ilmu agama dan rajin untuk mengulang kaji ilmu yang dia pelajari.

Dia adalah seorang lelaki yang mempunyai sifat kepimpinan yang MaaSyaaAllaah unggul. Dia mampu membimbing dan dia suka meraikan orang. Disebabkan itulah, ramai kawannya yang lelaki suka berurusan dengannya.

Dia adalah seorang lelaki yang tegas, namun lemah lembut dalam melayani manusia.

Dia adalah seorang yang sangat menghormati wanita dan melayani mereka dengan baik. Yakni ibu dan kakaknya. 

Apabila berurusan dengannya, terasa mudah dan rasa diri ini dihargai. 

Apabila bersamanya rasa selamat dan dilindungi.

hmmm tp bukan itu yang cik mumu nak katakan padanya. Cik Mumu nak beritahu dia bahawasanya cik mumu telah memilih dia sebagai calon suami yang ingin cik mumu berkenalan untuk berkahwin bukan untuk bercinta. Lagi, cik mumu nak beritahu dia bahawasanya perkahwinan yang cik mumu mahu bina bukanlah semata-mata untuk dinafkahi dan menafkahi, bukanlah semata-mata untuk dimanjai dan dikasihi. Namun, perkahwinan yang cik mumu mahu bina adalah sebuah pernikahan yang di dalamnya memberi banyak kebaikan kepada diri, keluarga, agama dan banyak perkara. Perkahwinan yang mempelainya saling menyokong dan mendokong antara satu sama lain. Lagi, cik mumu nak beritahu dia bahawasnya melihat dia, cik mumu nampak perkahwinan itu boleh direalisasikan. Namun bukanlah dengan makna tidak akan ada langsung kesusahan atau rintangan. Tetapi cik mumu yakin, bersamanya akan dapat harungi cabaran dan rintangan yang akan datang. Paling penting cik mumu nak kata yang cik mumu memilihnya bukan kerana rupa parasnya atau hartanya atau kerana perasaan cinta. Prinsip cik mumu sebelum kawin memang cik mumu tidak akan baja atau semai rasa cinta-cinta ni kerana tidak mahu ianya mempengaruhi fikiran dan tindakan apabila nak buat sesuatu keputusan. Kebaikan-kebaikan yang cik mumu lakukan padanya juga bukan kerana rasa cinta tetapi memang kerana cik mumu suka nak tolong orang. Bahkan bukan dia sahaja yang menerima pertolongan dari cik mumu. Sesiapa yang perlukan bantuan dan cik mumu mampu bantu, maka cik mumu akan usaha untuk bantu. Lagi, berkenaan memilih calon lelaki, cik mumu pilih orang yang bila bersamanya, dapat membuka banyak pintu kebaikan. Bukanlah semata-mata disebabkan rupa paras atau harta.

Tapi, belum sempat cik mumu memberitahu hasrat di hati, dia telah pun memberi penyataan bahawasanya sekarang ini dia mahu focus belajar untuk mencapai matlamat dan cita-citanya. Katanya "Sesungguhnya pada masa kini, ana hanya halakan, mengarahkan hati ana utk focus menuntut ilmu" dan sambungnya lagi "jgn lah dia menunggu hamba ini, jika telah ditakdirkan oleh Ilahi maka pasti akan terjadi juga"

Time baca mesej tu cik mumu peliklah, sebab cik mumu macam x de cakap apa2 atau bagi apa-apa pada dia. Kenapa dia cakap begitu? Mungkin sebagai langkah berjaga-jaga. Cik mumu rasa sedikit lah sedih tapi tidak kecewa. Kerana cik mumu yakin, setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersembunyi. Cik Mumu berdoa semoga Allaah permudahkan urusannya dalam menuntut ilmu. Adapun bagi diri cik mumu sendiri, cik mumu nak cakap tahniah, terima kasih, alhamdulillaah, awak dah besaq Ummu Habibah. Awak dah boleh berfikir dan hang dah usaha buat perkara-perkara yang awak tak pernah buat. terima kasih kerana awak jujur dengan apa yang awak rasa dan awak validate apa yang awak rasa. tahniah dapat berfikir dengan rasional dan tak buat sesuatu yang memalukan. Tahniah sebab awak pandai jaga emosi dan tak attach pada sesuatu dan tidak berharap kepada manusia. Semoga Allaah hadirkan seorang lelaki yang dia nampak nilai-nilai dalam diri awak, berikan petunjuk yang jelas dan permudahkan segala urusan ke arah perkahwinan. Semoga dilindungi dari maksiat-maksiat dan membuka banyak pintu-pintu kebaikan. 

Terima kasih semua yang sudi membaca ke akhir perkataan. Semoga semua kita rajin pi menimba ilmu agama terutama ilmu fardhu ain. Ingat Allaah ada dan tiada keraguan bagi kewujudan Allaah, Allaah tidak sama dengan segala sesuatu, Allah tidak memerlukan kepada segala sesuatu. Apa sahaja yang tergambar di fikiranmu, maka Allaah tidak seperti itu. 





Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN (سياڤ ساي)

Kembali

SEPTEMBER SUDAH