Pondok Moden Ahli Sunnah Wal Jamaah
Assalaamua'laikum dan selamat kembali bersama saya cik mumu yang masih lagi struggle untuk adapt dengan tempat baru dan suasana baru. Pada perkongsian kali ini cik mumu akan kongsikan beberapa pondok yang selamat untuk kita menghabiskan belajar fardhu ain di sana. Namun, sebelum itu cik mumu akan beritahu kenapa kita mesti belajar ilmu di pondok? Tak cukup lagi ke belajar kat sekolah dulu? Dari darjah 1 aku pi sekolah agama, apa masih belum habis ke yang dinamakan fardhu ain itu? Kata ulama lebih utama untuk kita belajar agama di pondok kerana di pondok menggunakan sistem bertalaqqi dan bersanad . Apa pula tu? Bertalaqqi ini secara ringkasnya ada guru dan ada anak murid. Gurunya itu pula mestilah seorang yang thiqah yakni amanah dalam menyampaikan ilmu. Di pondok diajarkan oleh guru2 supaya penuntut2 ilmu menyalin segala apa yang keluar dari mulut mereka. Adapun jika di sekolah, memang ada guru dan anak murid, namun kebanyakan pelaja...