Pondok Moden Ahli Sunnah Wal Jamaah
Assalaamua'laikum dan selamat kembali bersama saya cik mumu yang masih lagi struggle untuk adapt dengan tempat baru dan suasana baru. Pada perkongsian kali ini cik mumu akan kongsikan beberapa pondok yang selamat untuk kita menghabiskan belajar fardhu ain di sana. Namun, sebelum itu cik mumu akan beritahu kenapa kita mesti belajar ilmu di pondok? Tak cukup lagi ke belajar kat sekolah dulu? Dari darjah 1 aku pi sekolah agama, apa masih belum habis ke yang dinamakan fardhu ain itu?
Kata ulama lebih utama untuk kita belajar agama di pondok kerana di pondok menggunakan sistem bertalaqqi dan bersanad. Apa pula tu? Bertalaqqi ini secara ringkasnya ada guru dan ada anak murid. Gurunya itu pula mestilah seorang yang thiqah yakni amanah dalam menyampaikan ilmu. Di pondok diajarkan oleh guru2 supaya penuntut2 ilmu menyalin segala apa yang keluar dari mulut mereka. Adapun jika di sekolah, memang ada guru dan anak murid, namun kebanyakan pelajar mereka bermain ketika guru mengajar malah ada yang tidur dan tidak dapat kita pastikan guru itu amanah @ tidak dalam menyampaikan ilmu. Kesahihan ilmu2 di pondok masih lagi terjaga dan selamat daripada pencemaran ajaran2 sesat kerana guru2nya mempunyai rantaian yang sampai kepada Rasulullaah iaitulah sanad.
Selain itu, memang dulu2 kita pi sekolah agama dan belajar fardhu ain tapi ia tidak menjamin kita telah mengkhatamkannya. Kenapa begitu? Kerana di sekolah kita akan belajar mengikut silibus yang mana tidak semua ilmu yang wajib dipelajari terkandung da di dalamnya. Adapun pengajian di pondok mengikut kitab2 'alim ulama' yang mempunyai sanad sampai kepada Rasulullaah. Seterusnya apakah kita masih ingat apa yang kita pelajari? Kata ulama barangsiapa yang dia sudah khatamkan fardhu ain tetapi dia lupa maka wajib ke atas dia untuk mengulang semula ilmu fardhu ain tersebut. Maka, sekiranya kita tidak tahu apa itu ilmu fardhu ain, tahap mana yang kita perlu belajar yang perlu tahu dan sebagainya cari dan beri masa pada diri kita untuk belajar tentangnya.
Cuba yang baca ni tanya pada diri kamu apa yang akan kamu akan jawab sekiranya ditanya kepada kamu oleh non-muslim (dikatakan) "ceritakan kepada saya tentang Islam". "Kenapa kamu beragama Islam ?". "Adakah Islam benar? "
Kebiasaan orang akan cakap owh "Islam ni kena solat kena puasa pakai tudung bla. bla. bla".
Malah ada yang jawab "Kalau kau nak tahu lebih-lebih kau tanyalah kat imam ke ustaz ke aku tak tahu sangatlah."
Sepatutnya, kita beritahu mereka Islam adalah dengan menyakini bahawa hanya Allaah tuhan yang berhak disembah sedangkan segala sesuatu selainnya sama sekali tidak berhak untuk disembah. Allaah tidak berhajat kepada segala sesuatu bahkan semua makhluk (yang dicipta) berhajat/ memerlukanNya. Tuhan saya Allaah tidak sama dengan segala sesuatu dan Dia tidak boleh digambarkan kerana kata Imam Ahmad yang merupakan seorang yang ilmunya tinggi mengatakan "Apa sahaja yang tergambar di fikiranmu Allaah tidak seperti itu". Tidak ada pencipta bagi alam ini melainkan Allaah tuhan yang Maha Berkuasa, Maha Berkehendak, Maha Mengetahui, Maha melihat, Maha Mendengar, Maha Hidup dan Maha Berfirman.
Kemudian barulah kita beritahu bahawa Allaah mengutuskan Nabi Muhammad sebagai rasul untuk menyampaikan kepada manusia kewajipan-kewajipan yang perlu dibuat dan larangan-larangan yang perlu ditinggalkan. Antara kewajipan yang disampaikan oleh nabi Muhammad adalah kewajipan mengenal Allaah, kewajipan menunaikan solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadan dan sebagainya. Antara larangan yang disampaikan pula adalah larangan mensyirikkan Allaah, maksiat-maksiat anggota badan dan sebagainya.
Maka sekiranya seseorang itu dah habis belajar ilmu fardhu ain akan mudah untuk dia berikan @ keluarkan jawapan. Dia tahu mana yang perlu diberitahu dahulu, mana yang lebih utama untuk dilakukan dan sebagainya. Adapun yang tidak habis belajar ilmu fardhu ain ini akan menjawab mengikut tahap pengetahuan mereka yang mana boleh jadi perkara itu bertentangan dengan syarak Islam yang sebenar. Semoga Allaah kehendak kebaikan bagi kita.
Di bawah ini senarai pondok-pondok moden yang modus operasi utamanya dalah mengajarkan fardhu ain kepada masyarakat.
1. Pondok Turath Islam Baitussa'adah di Kota Damansara (Hq)
2. Pondok Baitul Itqan di Gombak
3. Pondok Darunnawawi di Shah Alam
5. Pondok Baitul Huda di Nilai
6. Pondok Darussyafie di Sri Iskandar, Perak
7. Pondok Daruttilaawah di Penang
8. Pondok Al-Ulum As-Sunniyyah di Terengganu
9. Pondok Darul Falah di Johor
10. Pondok Daruttalaqqi di Kelantan
Cik mumu tahu dan kenal pondok-pondok ini kerana cik mumu pernah belajar di HQ nya selama 3 bulan untuk khatamkan fardhu ain dan pernah pergi ke beberapa cawangannya. MaaSyaaAllaahu Ta'ala pondok-podok ini sangat bersemangat dalam mengajarkan dan menyampaikan ilmu kepada masyarakat. Pelajar-pelajar tahfiz di sana pun perlu khatamkan/habiskan pengajian fardhu ain kerana kewajipan belajar fardhu ain lebih utama dihabiskan daripada mengkhatam hafazan Al-Quran. Semoga Allaah mempermudahkan urusan mereka semua yang terlibat secara langsung ataupun di sebalik tabir. InSyaaAllaah next time cik mumu akan kongsikan pula pondok-pondok yang ulama Tanah Melayu tubuhkan yang masih ada sampai sekarang dan masih menjalankan pengajian agama.
Terima kasih kerana sudi baca. Salam kasih dan sayang dari cik mumu.
Comments