SEPTEMBER SUDAH
Pejam celik pejam celik bulan Ogos telah pun pergi dan kita sudah masuk ke bulan September. Alhamdulillaah masih lagi dapat bernafas dengan baik, bergerak dengan baik, berjalan, berlari, melompat, senyum dan dapat menjalani hidup dengan baik. Alhamdulillaah, syukur padaMu ya Allaah. Asalnya awal pagi tadi bersemangat sangat nak mengarang dan idea mencurah-curah. Namun terlupa nak tutup notification huhu. Kita pula jenis yang tak berapa suka nak reply lambat-lambat huhu. Jadinya daripada sorang ke sorang whatsApp dan sekrang idea-idea telah pun terbang tidak tahu ke mana. Jari jemari tetap bergerak menekan papan kekunci dengan harapan segala apa yang hendak ditype tadi kembali semula. Namun, nampaknya tidak juga kembali huhu. Teringat perbualan cik Mumu dengan salah seorang kawan cik Mumu yang rapat. Kami kawan dari sekolah menengah dan alhamdulillaah sampai sekarang. Semoga Allaah merahmati da...