Posts

Showing posts from December, 2024

"AKHIRNYA, AKU JUMPA CALON IMAMKU. TETAPI...."

Assalaamualaikum buat pembaca-pembaca yang tidak cik mumu ketahui siapa kalian, pada posting kali ini cik mumu mahu ceritakan sesuatu yang tidak mampu diceritakan pada orang yang hendak cik mumu ceritakan. "Kenapa tak mampu? cerita je lah". mungkin ini komen sebahagian orang. Entahlah. Sejujurnya, ada niat nak memberitahunya tetapi terlupa. Tambahan, cik mumu rasa perkara ini sesuatu yang besar dalam hidup cer mumu. Maka atas sebab itu, cik mumu nak masukkannya dalam penulisan di blogger ini.  Semoga suatu hari nanti bilamnan cik mumu baca semula, cik mumu tahu, cik mumu pernah buat perkara ini. Alkisahnya, semalam, hari yang bertarikh 21 Disember 2024, cik Mumu telah berjumpa dengan seorang lelaki atas tujuan cik mumu mahu meminta maaf dan juga clarify beberapa perkara. Tetapi cik mumu hanya sempat minta maaf ja dan tak sempat nak clarify apa-apa. Kenapa nak minta maaf? Sebab cik mumu rasa cik mumu telah ganggu focus dan matlamat dia. Dia ada bagitahu sebelum ini bahawa matl...