AKHIRNYA AKU FAHAM

Assalaamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blogger yang suka membaca. Alhamdulillaah tiba-tiba terasa hati nak mulakan semula penulisan di blog. Tidak silap sebelum ni pun pernah nak mulakan penulisan di blog, namun disebabkan beberapa faktor cik mumu tidak dapat menjayakan hasrat hati tersebut. Harapannya kali ini akan berterusan hehehhe. Doa-doakan. Cik Mumu memang sangat2 suka menulis diari sebenarnya disebabkan itu cik mumu berhasrat nak buat penulisan blogger ni. Jom baca perkongsian cik mumu kali ini.

Sejak dua tiga bulan ini cik mumu rasa sangat-sangat serabut dan berat. Seolah-olah sedang memikul beban yang besar di atas bahu. Begitu banyak sekali musibah yang hadir dalam hidup dan kesemuanya berlaku dalam satu masa yang singkat secara berterusan. ما شاء الله كان  semua yang berlaku adalah dengan takdir, kehendak dan izin Allaah. Cik Mumu redha dengan semua yang berlaku dan الحمد لله harini cik mumu rasa tenang sangat. Tenang sangat-sangat. Iya walaupun air mata mengalir. Ia adalah air mata gembira. Boleh katakan perasaan tu macam *Indahnya pelangi selepas hujan* Ya begitulah gambarannya. Perasaan bersedia melepaskan segala rasa yang terbuku di jiwa terasa sangat mudah dan smooth. 

Buat masa ni cik mumu belum lagi bersedia untuk berkongsi apakah musibah-musibah yang melanda diri ini. Mungkin orang sekeliling yang rapat dengan cik mumu tahu sebahagian perkara yang berlaku tapi bukan semua perkara. Buat pembaca blogger cik mumu belum bersedia lagi untuk berkongsi cerita tetapi untuk berkongsi perasaan gembira tu InSyaaAllaah. Akhirnya cik mumu dapat faham kenapa perkara sekian sekian berlaku dalam hidup cik mumu. Bukan semua musibah itu diturunkan pada cik mumu tapi kebanyakan pada orang yang sangat dekat dengan jiwa cik mumu. Disebabkan itu jugalah diri cik mumu turut terkesan. Rasa sakit dan menangis tu tak payah ceritalah memang berlaku. Kadang ada masa sakit tu rasa macam dada ditusuk pedang yang tajam MaaSyaaAllaah..

Tapi nak cerita apabila kita redha dengan takdir yang Allaah dah tetapkan untuk kita, perasaan tenang tu MaaSyaaAllaah sangat-sangat dirasai. Macam yang cik mumu kata air mata tetap mengalir namun rasa di hati itu seolah-olah dapat hadiah daripada orang yang kita cintai. Tidak dapat cik mumu jelaskan dengan kata-kata. Macam untuk cik mumu sendiri cik mumu rasa tenang dan rasa seolah hilang dah beban di bahu tadi. Apapun yang berlaku cik Mumu sentiasa ingatkan diri untuk redha dengan apa yang berlaku. Setiap yang berlaku dalam hidup kita ni ada hikmahnya. Tidak cepat lambat laun kita akan nampak hikmahnya. Selain itu, cik mumu akan selalu ingat Segala sesuatu yang berlaku dalam alam ini adalah dengan kehendak Allaah. Apa sahaja yang Allaah kehendak untuk ia berlaku, maka ia akan berlaku walaupun kita tak nak ia berlaku. Dan apa sahaja yang Allaah tidak kehendak untuk sesuatu terjadi, perkara itu tidak akan berlaku walaupun kita nak perkara itu. Segala sesuatu dalam alam ini adalah milik Allaah dan Allaah Maha melakukan apa sahaja pada pemilikannya.

Di samping itu, musibah yang melanda cik mumu ini membuka mata cik mumu untuk lebih menghargai dan menyayangi orang yang sayangkan cik mumu, orang yang amik berat pada cik mumu, orang yang sentiasa support dan bantu cik mumu. Alhamdulillaah. Bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ini. Alhamdulillaah. Jadi untuk pembaca sekalian semoga kita menjadi di antara hamba-hamba Allaah yang mensyukuri nikmat yang kita dapat walaupun sedikit. Doakan urusan cik mumu dipermudahkan ya. InSyaaAllaah kita berjumpa lagi pada penulisan yang akan datang. Semoga cik mumu rajin buka laptop dan menaip hehehhe.





Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN (سياڤ ساي)

Kembali

SEPTEMBER SUDAH