HAAAAA ANXIETY? DUNIAKU TERASA GELAP
Hai Assalaamualaikum pembaca blog sekalian. Alhamdulillaah diberi ruang dan kesempatan untuk membuka seterusnya berkongsi cerita di blog ini. Eh baru muqaddimah belum sampai lagi perkongsian ceritanya. Nak tahu cerita apa, perlulah baca sampai habis.
Buat pengetahuan semua, cik Mumu agak sibuk bermula dari bulan July. Jika kawan-kawan cik Mumu baca ni mesti respond depa "Bulan apa ja yang kau x sibuk Ummu?" hahhaha. Ceghitanya bulan lain busy juga tapi bermula dari bulan 7 lah makin lama makin extravaganza sibuk. Last cik Mumu type blog pun 2 September dan time tu actually tengah broken. Sibuk2 pun sempat nak broken kan? (geleng kepala) Ok sambung cerita semula. Kemudian berlalu bulan 8 dan masuk ke bulan 9 makin berkurang masa rehatnya. Dari bulan 8 boleh dikatakan setiap 2 minggu sekali ada meeting untuk event besar bulan 10. Buat pertama kalinya cik Mumu terpilih untuk mengetuai unit Program & Pengisian.
Ingatkan seronok jadi ketua ni tapi senanya banyak kerja tau huhu dan cik Mumu jenis yang kena jelas nak buat apa baru kerja cik Mumu laju. Disebabkan kekurangan informasi jadinya cik Mumu pun atur jadual untuk berjumpa dengan mantan ketua unit cik mumu tu. Alhamdulillaah setelah berjumpa dengannya cerah sikit masa depan bak kata Arifah. Namun cik Mumu lihat tak banyak rujukan untuk cik mumu teruskan langkah. Dia macam kau dah dapat destinasi yang hendak dituju dan dah ada kereta tapi maps tak berapa clear. Jadinya pada awal-awalnya tu agak slow lah pergerakannya. Ditambah pula dengan status cik mumu yang masih bergelar pelajar dan juga part time worker lagilah pack jadualnya dan kekurangan masa rehatnya.
Disebabkan cik Mumu ni student full time jadinya kelas memang Isnin sampai Sabtu ada. Kerja pula cik Mumu buat part time untuk cari duit saving dan perbelanjaan harian. Saving tu sangat-sangat penting terutamanya ketika kecemasan dan perlukan penggunaan duit yang banyak. Cik Mumu tak berapa gemar nak meminta pinjam terutamanya bab duit ni. Selagi ku ada kudrat dan daya untuk cari sendiri akan kulaksanakannya. Tapinya bulan 9 cik Mumu terpaksa amik cuti sebulan daripada bekerja kerana ada banyak lagi perkara-perkara mendatang setiap hujung minggu dan cik Mumu x dapat nak bagi full commitment untuk bekerja Sabtu dan Ahad.sampailah habis event. Cik Mumu maklumkan kepada admin akan dapat mula semula 22/10 iaitu selepas tarikh event. Tapi berita duka ku terima yang tempat kerjaku kini sedang dalam renovasi makanya bulan January tahun depan pula baru mula. Maka bermulalah fasa cik Mumu berfikir bagaimana aku nak dapatkan duit untuk buat saving dan perbelanjaan harian. Cik Mumu pun apa lagi segera mencari dan menyenaraikan pekerjaan-pekerjaan yang boleh cik mumu lakukan sementara nak menunggu bulan Januari.
Bulan September masih ada duit kerana dapat gaji bulan 8 dan InSyaaAllaah bulan Oktober juga masih boleh survive dengan simpanan yang ada. Tiba-tiba bulan 9 ni beberapa kenalan dan orang terdekat call cik Mumu dan mereka perlukan duit untuk kelangsungan hidup. Cik Mumu tak fikir apa time tu transfer ja duit pada mereka. Ada yang nak pinjam puluh-[uluh dan ada juga yang nak pinjam ratus-ratus. Setelah beri pada mereka maka saving yang tinggal pada cik Mumu hanyalah 200 ringgit sahaja. Time ni cik Mumu dah agak panik sebab kebiasaannya kos perjalanan bulanan cik Mumu adalah 300 ringgit dan ke atas. tapi cik Mumu keep ingatkan diri jangan risau sangat InSyaaAllaah ada rezeki Allaah sediakan. Kemudian cik mumu menjalani kesibukan seperti biasa dan tahu-tahu ja setelah habis event cik Mumu disahkan menghidap anxiety. Skor cik Mumu time tu sangat tinggi sampai Cik Mumu sendiri tak percaya dan tanya banyakkk kali pada doktor.

Comments