Hari ditulis رسالة القلب


ِبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم 


الحمد لله رب العالمين وصلى الله وسلم على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه الطيبين الطاهرين


اللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وأنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ يَا رَبََّنَا إذَا شِئْتَ سَهْلاً


اللهم علمنا ما جهلنا وذكرنا ما نسينا  وزدنا علماً واغفر لنا يا أكرم الأكرمين


نسألُ اللهَ العظيمَ أنْ يرزقنا الإخلاص في النّيَّة والقول والعمل


Assalaamulaikum buat pembaca semua. Entah ada atau tidak kan pembacanya huhu. Tapi penulisan tetap perlu diteruskan. Pada penulisan kali ini cikmumu nak ceritakan 1 peristiwa besar dan bersejarah yang berlaku dalam kehidupan seorang bernama Ummu Habibah.

Rentetan dari penulisan lepas, ada beberapa perkara yang berlaku antara cikmumu dan si lelaki tersebut sehinggalah hari ini di mana kami bertemu dua lutut dan bertentangan 4 mata. Allaahu A'lam semuanya berlaku dengan begitu pantas. Rasanya kurang dari 24jam. MaaSyaaAllaahu Kaan. Dan akhirnya cikmumu faham akan tindakan-tindakan lelaki tersebut terhadap cikmumu. Pertemuan kami ini beriringan dengan penulisan sebuah warkah yang di mana cikmumu menyatakan isi hati dan dijawab oleh lelaki tersebut. MaaSyaaAllaah, ia adalah sebuah jawapan yang tidak pernah terlintas di fikiran cikmumu. Namun, hati cikmumu berasa tenang dan lega. Alhamdulillaah.

Adapun setelah itu, untuk penulisan kali ini cikmumu mahu ceritakan sedikit kenapa dalam ramai-ramai makhluk ciptaan Allaah yang dinamakan lelaki, hati cikmumu cenderung kepadanya.

Secara tepatnya, cikmumu juga kurang pasti apa sebabnya. Namun, beberapa perkara ini mungkin mempengaruhi. Antaranya, yang pertama adalah kerana cintanya dia kepada ilmu dan semangatnya dalam menuntut ilmu. Boleh jadi ini sebab yang menarik minat cikmumu kepadanya. Dan atas sebab ini juga, dia meminta untuk cikmumu menunggunya paling kurang 2 tahun sebelum dia membuat keputusan akhir. Hal ini kerana dia mahu focus dalam menuntut ilmu dan dia tidak mahu ada perkara yang menghalangnya dalam menuntut ilmu. Cikmumu tak pasti adakah dia masih ingat lagi dia pernah beritahu cikmumu bahawasanya dia mahu jadi seperti "ulama sekian" dan untuk itu, dia memang perlu focus yang penuh untuk menuntut ilmu. Cikmumu mahu menjadi salah seorang yang menyokongnya dan mendokongnya dengan kuat dalam menuntut ilmu agama. Semoga dengan asbab kesungguhan dia dalam menuntut ilmu agama, membawa natijah yang besar kepada Islam.

Seterusnya, sikapnya yang ringan tulang dalam membantu yang memerlukan dan kesungguhannya dalam membantu dapat dilihat dari tindakannya. Dia bukanlah seorang yang berlengah dalam membantu terutama apabila dia buat khidmat. Sangat-sangat mudah untuk meminta bantuan darinya. Pantas dan segera. Tidak rasa menyusahkan bahkan rasa diraikan. Maha suci Allaah yang menghiasi dirinya dengan akhlak mulia.

Selain dari itu, cikmumu rasa mudah apabila bersamanya. Dalam ramai-ramai orang yang cikmumu buat urusan, dengan lelaki ini terasa sangat mudah dari sudut lontaran idea, perbincangan dan lain-lain lagi. Dan ini bukan hanya dirasai oleh cikmumu. Rata-rata feedback dari kebanyakan orang mengatakan perkara yang sama. Maha Suci Allaah yang memberinya sifat yang baik ini.

Di samping itu, cikmumu rasa dialah lelaki yang dapat mengendalikan cikmumu dengan baik tanpa cikmumu rasa disindir atau diperli. Sikapnya yang sabar dan tutur katanya yang baik menyebabkan cikmumu juga turut rasa malu dan rasa mahu jadi wanita melayu terakhir. Dan yang terakhir mungkin kerana cara pemikirannya yang agak matang berbanding usianya. Cikmumu ni kalau orang kenal, rata-rata akan cakap cikmumu ni strong character (viral ya di tiktok sekarang ni) yang mana orang yang kurang sabar mungkin akan rasa menyusahkannya dia ni, degil, keras kepala dan lain-lain.

Maka, itulah antara sebab-sebab yang mempengaruhi keputusan yang cikmumu buat untuk menerima rasa yang dihadiahkan ini. Namun antara yang menguatkan sekali kerana cikmumu dapat sebuah mimpi yang pelik dan dia dalam mimpi tersebut. Bukanlah nak kata kita percaya 100% tp boleh jadi ianya petunjuk.

Apapun, akhirnya harini cikmumu dapat kepastian yang kami diberikan rasa yang sama dalam hati kami. Bagi cikmumu ia satu berita gembira dan cikmumu berdoa semoga Allaah pelihara rasa ini di hati kami, permudahkan urusan kami dan sehingga waktu yang tepat yang telah ditakdirkan, semooga ianya disemai dengan penuh kesyukuran dan mendapat redha dari Allaah.

Akhir penulisan ini, cikmumu berdoa semoga dengan keputusan yang kami ambil bersma harini memberi natijah akan kebaikan yang besar buat diri kami berdua dan ahli keluarga kami. Buat yang membaca penulisan ini, mohon doakan semoga dipermudahkan urusan kami.

Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN (سياڤ ساي)

Kembali

SEPTEMBER SUDAH